
kali ni, nak bercerita sikit. kisah anak saudara aku @ adam syafiq raiyan atau nama glamornya syafiq .. comel sungguh anak saudara aku yang satu nih (satu-satunya anak saudara aku setakat nih)..
suka menangis.. tabiatnya yang tak dapat dikikis. dari lahir2 sampai sekarang.. tapi, sekarang kira dah ok la.. maklumlah, sudah makin memahami dunia and kami pon dah mula memahami dia.. namun, sekali ja dia senyum @ gelak, hilang segala ketensionan.. lawak? comel? x tau la.. tapi, dia mempunyai aura yang dapat menggelikan perut masing-masing..
mainan dah sebakul.. dari patung ulat bulu yang banyak kaki sehinggalah plastik pembalut (yang entah dari mana datangnya) menjadi mainan si comel ni.. mungkin sebab tertarik dengan bunyi yang dikeluarkan sebaik sahaja tangannya menyentuh plastik itu menybabkan dirinya tertarik untuk menjadikan ia sebagai one of his top toys..
macam-macam telatahnya yang mencuit hati.. ada suatu ketika, semasa k.ngah memberinya susu (via botol susu), tangannya menepuk-nepuk tangan k.ngah mengikuti rentak lagu plant vs zombie yang sedang dimainkan di corong speaker kmputer. aneh? berbakat? mungkin..
namun, harapanku agar suatu hari nanti, dia akan berjaya menjadi individu yang berguna, berkebolehan serta soleh sentiasa dalam doaku.. harapanku juga agar aku turut beroleh cahaya mata secomelnya turut kuselitkan.. semoga Allah memperkenankannya... amin (^^)



2 comments:
chu-i!!!!
u know how i love kids soooooooooooo much!!!
comel sangat nih!!!(^_^)
amin...
weh.awat amik gmbaq ank aku letak dlm nih x bgtau???tp x pa...aku bg ja...hahaha...
Post a Comment