
Sedih.. sedih.. sedih..
Mungkin ni ujian dr Allah..
Tapi, saat ini..
Hati ini amat pedih.. pedih.. pedih…
Mungkin ujian ini tidaklah seberat ujian yg diberikan kpd Rasulullah saw suatu saat dahulu..
Saat baginda dicaci, dibaling najis, dipulaukan..
Namun, hanya Allah yg mengetahui hati ini, saat ini..
Semalam..
Hati ini digoyangkn dgn kata2 yg menusuk jiwa..
Tak sangka, usaha aku yang hanya cuba memberi teguran dibalas begitu..
Kenapa perlu mengaitkan usrah, ayat Al-quran yg aku gunakan, cara aku yg padahal Cuma mahu memberi peringatan sebagai perisai wahai kawan??
Tidakkah kamu sedar bahawa tujuanku tidak bermaksud mahu memperli, atau menghina kamu??
Aku hanya mahukan kita lebih selesa dengan persekitaran yang lebih menggambarkan peribadi seorang wanita muslimah…
Salahkah wahai kawanku??

Hari ini..
Sekali lagi.. hatiku bergegar dengan kata2 yang bagaikan pedang menusuk jiwaku..
Mengapa perlu berjanji kalau tidak mahu menepati??
Adakah diriku ini memang mudah untuk depermainkan??
Dahulu, kita sama-sama berjanji…
Kini.. kau dengannya.. aku??? Sorang2..
Mungkin diri ini yang merasakan engkaulah sahabat sehati sejiwa yang tidak akan berpisah buat selama-lamanya..
Mungkin diri ini hanyalah seperti bertepuk sebelah tangan…
Namun kawan..
Janganlah disebabkan coretan ini, engkau mahu mengubah pilihan..
Aku tidak akan menghalangmu..
Engkau sendiri sudah nekad bukan??
Siapalah aku untuk menghalang..
Aku hanya mampu mendoakan kamu agar bahagia dengan pilihanmu..
Semoga Allah memberkatimu wahai sahabat-sahabatku…

Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan..
Untuk menempuhi dugaanmu ini..
Saat ini, teringat pula lagu ni…
Inteam-kehidupan
“Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..
Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..”



